Sama-sama mencegah covid-19
CEGAH COVID-19.
Orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa mengamalkan norma baharu dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sedia ada semasa banjir terutamanya bagi individu yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
Kebanyakan jangkitan COVID-19 berpunca daripada aktiviti bersama terutama dalam kalangan orang terdekat seperti jiran, kawan, rakan sekerja dan keluarga.
Oleh itu, pastikan sentiasa patuh pada SOP:
Pakai pelitup muka.
Patuhi jarak fizikal 1 meter.
Kerap basuh tangan dengan air & sabun atau guna hand sanitizer.
Duduk rumah jika tiada urusan penting di luar.
Dapatkan rawatan segera jika bergejala.
Tindakan ini penting untuk kesihatan dan keselamatan serta memutuskan rantaian COVID-19 di Negeri Pahang yang kita sayangi.
#COVID19
#KitaTeguhKitaMenang
#koinaksihat
#lindungihijautanganimerah
#kitajagakita
