Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.
Dalam menyokong Program Imunisasi Covid – 19 Kebangsaan, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (SKMM) menggerakkan semua Pusat Internet Komuniti (PIK) seluruh Malaysia sebagai pusat bantuan bagi membantu orang ramai, terutamanya warga emas yang sukar mendaftar sebagai penerima vaksin COVID – 19 melalui aplikasi MySejahtera dan Laman Web Vaksin.
Oleh itu, PIK Felda Sungai Tekam Utara mengalu – alukan komuniti Felda Sungai Tekam Utara terutama warga emas untuk mendaftar sebagai penerima vaksin melalui aplikasi MySejahtera dan inisiatif yang lain.
*Tiada bayaran dikenakan
Ayuh!!! Sama – sama kita untuk memutuskan rantaian wabak COVID – 19 


