TAMAN WARISAN GUA KOTA GELANGGI JERANTUT
Gua Kota Gelanggi yang terletak di daerah Jerantut Pahang menyimpan pelbagai cerita ganjil dan misteri. Didalam gua ini. terdapat tujuh buah gua yang dipanggil kota iaitu kota tongkat, kota gelap, kota angin , kota balai, kota rehut, kota jin dan kota kepayang. Gua-gua ini dipanggil kota yang membawa maksud negeri-negeri yang berada di bawah Kota Gelanggi pada zaman dahulu.
Ada yang mengatakan gua itu wujud berikutan pergaduhan antara Raja Muda Mambang dan Putera Raja Rembau bernama Rusul kerana berebutkan puteri Datuk Indera Raja Laut. Raja Muda Mambang mencabar Rusul untuk betarung dengannya. Rusul menyahut cabaran itu lalumenyuruh Raja Muda Mambang menikamnya, tetapi tidak berjaya.
Apabila tiba giliran Rusul, dia melepaskan keris terbangnya, lalu keris berkenaan menikam dada Raja Muda Mambang yang serta – merta membunuhnya. Darahnya dikatakan sentiasa mengalir sehingga ke hari ini melalui aliran cecair yang kelihatan di dinding Gua Kota Gelanggi berhampiran struktur batu yang menyerupai manusia terbaring.
Kebetulan pula pada masa itu, Sang Kelembai sampai di Kota Gelanggi lalu menegur pergaduhan itu. Teguran itu menyebabkan semua benda dan makhluk di situ menjadi batu. Maka terjadinya gua-gua batu dengan pelbagai bentuk struktur yang menyerupai kota, bilik, manusia, binatang, peralatan perang, peralatan kenduri serta peralatan dan perhiasan perkahwinan.
Terdapat pula versi yang mengatakan pada masa dahulu, mukim Pulau Tawar di daerah Jerantut adalah pulau yang besar. Rajanya, Raja Gelanggi mempunyai seorang puteri yang cantik dan ditunangkan dengan anak raja di Rembau bernama Raja Usul.
Puteri, kecantikan dan kebaikan puteri itu turut diketahui oleh Raja Mambang di kayangan, Raja Mambang ingin memperisterikan Puteri Raja Gelanggi, lalu meminangnya. Oleh kerana takut, Raja Gelanggi terpaksa menerima pinangan itu. Apabila tiba hari perkahwinan, Raja Usul smapai di Kota Gelanggi dengan tujuan untuk menghantar hadiah kepada tunangnya. Kapalnya ditinggalkan di suatu tempat yang sekarang ini digelar Lanchang, dekat kampung Masjid Pulau Tawar. Dia naik ke darat dengan perahu lalu ke kota. alangkah terkejutnya bila majlis pernikahan sedang dijalankan lantas berlaku peperangan antara angkatan Raja Usul dan Raja Mambang.
Ketika inilah, Sang Kelembai muncul dan menegur tentang perangai mereka yang sanggup berperang kerana seorang perempuan. akhirnya semua yang ada di situ menjadi batu, kapal menjadi tanah, laut menjadi padang dan sungai menjadi lembah.
Mengikut versi seorang penyelidik bernama Cameron pula, seorang raja bernama Raja Gelanggi mempunyai seorang anak perempuan cantik dan menjadi idaman putera Raja Mambang di Lipis. Putera itu meminta ayahandanya menyunting puteri itu tetapi berkenaan menolaknya.
Pada ketika yang lain, seorang putera raja kepada Raja Usul dari Bera telah keluar berburu bersama orang-orangnya berdekatan dengan Gelanggi. Putera itu telah terpandang kepada puteri Raja Gelanggi lalu menculiknya dan membawa puteri itu pulang ke Bera. Puteri Gelanggi tidak membantah kerana bencikan tunangnya. lalu bersetuju mengahwini putera Raja Usul.

Gua Sanding diantara gua yang tedapat di Gua Kota Gelanggi Jerantut
Culik, Hal penculikan itu diketahui oleh Raja Mambang. Walaupun pada mulanya Raja Gelanggi terlibat dalam peperangan dengan Raja Usul tetapi bagi mendapatkan kembali puterinya, baginda kemudian menyerahkan hal itu kepada Raja Mambang kerana puterinya hidup bahagia. Raja Mambang turun ke Bera dan berperang dengan Raja Usul tetapi malangnya baginda sendiri yang terbunuh. Menurut perunding penyelidikan dan pembangunan budaya melayu antarabangsa, Datuk Aripin Said, berdasarkan kajian yang dilakukan, berlaku pergaduhan anta Raja Kota Gelanggi iaitu Raja Mambang dan Raja Tasik Bera yang mahu menakhluk antara satu sama lain tetapi keadaan menjadi reda apabila Raja Mambang berkahwin dengan Puteri Tasik Bera.
“Semasa persandingan, sang kelembai telah datang dan menegur menyebabkan kesemuanya bertukar menjadi batu. “Oleh sebab itu, ada batu yang seakan – akan menyerupai orang sedang bersanding, gajah dan singa terdapat dalam gua misteri ini. “Dikhabarkan juga terdapat sebuah kota yang tidak ditemui tetapi hanya mereka yang bernasib baik akan terjumpa kota yang dipercayai tempat raja bersemayam.
“keadaan di dalam tujuh kota ini juga gelap dan tidak semua pelancong yang datang akan menjelajah kesemua kota yang disebabkan faktor keselamatan,” jelasnya. Tambahnya, kisah misteri gua tersebut juga ada diceritakan di dalam buku cerita-cerita rakyat pahang. Seorang profesor dari jerman juga pernah merakamkan cerita disebalik gua ini kira-kira dua tahun lalu.
“mengikut kajian arkeologi juga mendapati sebuah negeri pernah wujud di gua ini berdasarkan kepada beberapa penemuan. “namun, mitos kononya gua ini boleh dihubungkan terus ke negeri kelantan juga tidak dapat dibuktikan lagi buat masa ini, ” ujarnya
Sumber dari Kosmo Dan http://akuanakpahang.blogspot.my
GALERI MAT KILAU
Galeri Mat Kilau merupakan tempat yang mempamerkan tentang sejarah di Daerah Jerantut kebanyakkan berkenaan dengan pahlawan-pahlawan antaranya Pawang Noh, Mat Kilau dan Tok Gajah. terdapat barangan lama yang diigunakan oleh pahlawan-pahlawan negeri pahang yang dipamerkan di Galeri Mat Kilau.
Waktu Operasi
Isnin-Jumaat :09.00 am – 5.00 pm
Cuti Umum : 10.00 am – 6.00 pm
Bayaran Masuk dikenakan sebanyak RM 2.00
Sumber Dari : http://www.tamannegara4u.com/blog/tag/tempat-menarik-di-jerantut/ dan http://akuanakpahang.blogspot.my/2015/11/kompleks-galeri-mat-kilau-pulau-tawar.html
PAWANG NONG ULU CHEKA

Pawang Nong atau nama nya Haji Nong Taib Bin Santan beliau juga orang kuat Mat Kilau merupakan salah satu pahlawan dulu kala yang menentang komunis dan merupakan orang kuat mat kilau. Pawang noh dilahirkan di kampung sepiat, Tanjung besar Benta Kuala Lipis pada tahun 1874. Pawang Nong meninggal dunia pada 10 November 1977di kampung Ulu Cheka.Sekarang kita boleh melawat kubur Pawang Nong di perkarangan masjid kampung Ulu Cheka Jerantut Pahang. Sekitar kampung Ulu Cheka ini masih banyak terdapat waris-waris Pawang Nong.

Pawang Nong berjaya menangkap orang minyak yang berleluasa di sekitar Ulu Cheka dan damak. Ketika zaman penjajahan tentera Jepun, Pawang Nong berjaya memagari kawasan perkampungan dari Kampung Damak sehinggalah ke kampung Ulu Cheka sehingga tidak dilihat atau dicerobohi oleh tentera Jepun. Pawang Nong mempunyai dua orang isteri serta dikurniakan 11 orang anak hasil perkahwinan beliau iaitu isteri pertama iaitu Patam Mat sama yang dikurniakan 8 orang anak iaitu 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan. bersama isteri kedua yang bernama Hajah Halimat Binti Mat Long pawang nong dikurniakan 3 orang anak iaitu 1 lelaki dan 2 perempuan.

sekitar Kubur Pawang Nong
Sumber gambar dari : mforum2.cari.com.my dan koianakpahang.blogspot.com
Sumber dari : http://lamanpahang.blogspot.my
MAKAM MAT KILAU ULU CHEKA

Mat Kilau dipercayai dilahirkan pada tahun 1865/1866 di Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut, Pahang di dalam zaman pemerintahan Sultan Ahmad Al-Muadzam Shah. Nama penuh beliau ialah Mat Kilau bin Imam Rasu @ Tok Gajah. Ibu beliau ialah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau pandai mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai ‘Dikir Pahang’. Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras sehingga sentiasa menjadi juara di kampung beliau. Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini, Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak. Mat Kilau merupakan antara pahlawan-pahlawan Pahang yang terkenal.
Sumber dari : pdtjerantut.pahang.gov.my



