Terdapat beberapa kawasan perlancongan dan tempat bersejarah di sekitar Jerantut Pahang yang boleh dilawati antaranya :
FELDA RESIDENCE TEKAM
Alamat : Pusat Penyelidikan Tun Razak 27000 Jerantut Pahang
No Telefon : 09-471 8182
Felda Residence Tekam terletak di Pusat Penyelidikan Tun Razak Jerantut Pahang ianya berdekatan dengan Felda Sungai Tekam, Felda Sungai Tekam Utara, Kota Gelanggi 01 &03 Dan juga Jengka 8.
Felda residence merupakan salah satu tempat pelancongan yang cantik dan indah sesuai untuk dikunjungi oleh pelancong untuk merehatkan diri. Selain itu, Felda Residence Tekam juga merupakan tempat utama untuk aktiviti riadah di hujung minggu ataupun cuti umum ini kerana banyak kemudahan yang terdapat di situ. Felda Residence Tekam terletak strategik di kawasan perhutanan kecil di Jerantut, yang menjalankan agro- pelancongan. Antara aktiviti : meredah hutan, caving,flying fox, jeram, rafting, berkanu, abseiling dan banyak lagi.
TAMAN NEGARA PAHANG
Taman negara pahang adalah salah satu tempat perlancongan yang terdapat di Jerantut pahang ramai pelancong luar negara mahupun dalam negara berkunjung ke Taman Negara untuk merasai sendiri hidup didalam hutan.Taman Negara Pahang juga merupakan hutan hujan tropika tertua di dunia, ianya juga salah satu tempat yang menarik untuk pengembara yang sukakan aktiviti-aktiviti lasak. terdapat beberapa aktiviti yang menarik di taman negara iaitu jungle tracking, canopy walk, melawat perkampungan orang asli, Rapid Shooting,Menaiki Bot ke Lata Berkoh & Memberi makan ikan keloh, melihat haiwan liar, memancing, Eksplorasi gua, Mendaki Gunung Tahan dan Eksplorasi Air terjun.
BUKIT POKOK SEBATANG
Bukit Pokok Sebatang merupakan salah satu tempat tumpuan yang terdapat di Jerantut Pahang. Bagi orang-orang yang berminat mendaki atau hiking ini adalah satu tempat yang boleh dilawati kerana tempat yang sangat cantik sesuai untuk orang – orang melakukan senaman dan beriadah.
LATA MERAUNG
Lata Meraung adalah salah satu tempat pelancongan yang terdapat di jerantut kebanyakan penduduk setempat datang ke lata meraung untuk bermandi manda dan berkelah. Lata Meraung juga berdekatan dengan bukit pokok sebatang.
MUTIARA TAMAN NEGARA
Taman Negara telah ditubuhkan pada tahun 1939 dan merupakan Taman yang terbesar di Semenanjung Malaysia dikatakan sebagai Hutan Hujan Tropika, Mutiara Taman Negara merupakan resort yang terbesar di Taman Negara Pahang terletak di seberang sungai Pahang mempunyai banyak resort mengikut spesifikasi seperti banglo, chalet Suite, triple bed chalet , chalet family, Chalet Dan Camping.
Sumber dari : www.mutiaratamannegara.com
LATA LAYANG- LAYANG
Lata Layang-Layang yang terletak di kampung pagi jerantut pahang merupakan tempat pelancongan yang menjadi tumpuan bagi pencinta alam semula jadi. keindahan yang terdapat di lata layang-layang amat lah cantik terdapat ramai pelancong datang untuk melihat keindahan dan bermandi manda disitu.
Sumber dari : Google Image (lata layang-layang)
BUKIT BATU RABBIT PARK
Taman arnab yang baru dibuka untuk pengunjung dan sesuai untuk aktiviti riadah hunjung minggu mahupun cuti sekolah ianya terletak di Rabbit Park unit peladang bukit batu, damak 27030 jerantut pahang. waktu dibuka 9.00 am – 6.00 pm dan ianya dibuka setiap hari
Sumber dari : Facebook
DAKIAN DI PAYA GUNUNG JERANTUT
Kampung paya gunung jerantut adalah penempatan atau perkampungan terletak berhampiran kampung jerantut feri, jerantut. Nama kampung paya gunung ini mungkin diambil sempena gunung dan paya yang terdapat disana. ketinggian gunung dianggarkan diatas paras meterai adalah setinggi 59 meter. Jarak di antara Kampung Paya Gunung ini lebih kurang 7 ke 8 KM daripada bandar jerantut.
Sumber dari : Google Image (paya gunung) & akuanakpahang.blogspot.com
GUNUNG JUBAR
Gunung Jubar yang terletak di kampung Ulu Cheka & baru dibuka di mana trail yang masih baru sedikit menyukarkan para pendaki untuk mendaki ke Gunung Jubar. Ketinggian gunung jubar 1514 meter (mdpl) dan terdapat banyak pokok-pokok herba, bonsai, periuk kera, rafflesia dan mempunyai landskap yang menarik.
Sumber dari : https://akuanakpahang.blogspot.my/2015/03/keindahan-hutan-lipur-som-jerantut.html
PUSAT MEMANAH JERANTUT
Pusat memanah yang terletak di bandar jerantut salah satu pusat yang menempatkan aktiviti sukan memanah dan salah satu aktiviti beriadah yang boleh dilakukan di bandar jerantut.
Sumber dari : image google / facebook (pusat memanah jerantut)
HUTAN LIPUR SOM
Hutan Lipur Som terletak di daerah Jerantut, Pahang. Kemudahan yang disediakan di sini adalah pondok rehat, tapak perkhemahan dan denai hutan. Di buka dari 7.00 pagi hingga 6.00 petang. Untuk aktiviti perkhemahan dan bermalam, sila berhubung dengan Pejabat Hutan Daerah Tingkat 1, Kompleks Pejabat Kerajaan, 27000 Jerantut, Pahang . Tiada bayaran masuk dikenakan. Perjalanan kesini menaiki kenderaan sendiri atau pengangkutan awam seperti bas atau teksi. Lokasi ditepi jalan utama jalan Jerantut – Benta.
Perjalanan lebih kurang 16 km dari Bandar Jerantut melalui Jalan Jerantut-Temerloh dan 210 km dari Bandar Kuantan melalui Jalan Kuantan-Temerloh. Hutan Lipur Som terletak di dalam Hutan Simpan Som hutan simpan ini juga di kenali dengan nama hutan Kampung Kenong bermungkinan berkait rapat dengan nama sungai kenong yang terdapat disini. Hutan ini merupakan jenis hutan dipterokarpa pamah. Keluasan hutan simpan ini dianggarkan berkeluasan 2.5 hektar.
Sumber dari : akuanakpahang.blogspot.com
GUNUNG BENOM
Gunung Benom merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Pahang Darul Makmur. Gunung Benom mempunyai ketinggian setinggi 2,107 meter atau 6913 kaki dari aras laut. Gunung Benom mempunyai kawasan hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane dan hutan Ericaceous atau hutan gunung.
Gunung Benom merupakan gunung yang kedua tertinggi di Pahang selepas Gunung Tahan dan merupakan puncak gunung yang kesepuluh tertinggi di Semenanjung Malaysia. Banjaran Benom ini terletak di antara sempadan dua daerah iaitu sempadan daerah Jerantut dan daerah Raub. Gunung ini boleh didaki menerusi tiga cara iaitu dari Sungai Klau di Raub, dari Kampung Ulu Cheka di Jerantut dan dari perkampungan orang asli di Kampung Damak, Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau lebih cepat untuk sampai ke puncak kira-kira 2 atau 3 jam. Manakala pendakian agak sukar dan jauh menerusi Kampung Ulu Cheka di sebelah Jerantut. Pendakian menerusi Sungai Klau di raub adalah menerusi laluan air terjun Lata Berumbum.
Jika pendakian menerusi Kampung Ulu Cheka pula, pendakian akan bermula dari Kampung Tengah, Ulu Cheka dan untuk sampai ke kawasan pendakian perlulah melalui perkampungan kecil di Kampung Damak menuju ke Kampung Ulu Cheka sehinggalah sampai di Kampung Tengah Mukim Ulu Cheka, Jerantut. Melalui Kampung Tengah ini, pendakian agak sukar dan terpaksa menempuh bukit yang tinggi serta dipenuhi pelbagai spesis tumbuhan.
Sumber dari : Portal Rasmi Pejabat Daerah Jerantut Dan Tanah Jerantut
BUKIT BONGKOK
Bukit bongkok merupakan sebuah bukit yang terletak di ulu cheka jerantut pahang yang memiliki ketinggian mencecah 897 meter (2942kaki) namun pendakian bukit bongkok benar-benar menguji ketahanan dan mental dan fizikal pendaki.
Sumber dari : http://www.utusan.com.my/rencana/utama/trek-8216-pacak-8217-gunung-bongkok-1.445729
LATA BEREMBUN
Lata berembun atau dikenali sebagai sungai rengat dan sesuai untuk berkelah dan perjalanan memakan masa 2jam dari kampung chap ulu cheka dan memasuki perkampungan orang asli sehingga sungai rengat.
JERANTUT HILL
Jerantut hill merupakan salah satu tempat penginapan yang cantik untuk pelancong yang datang ke jerantut, selain itu jerantut hill merupakan tempat penginapan bajet untuk sesiapa yang berminat untuk menginap di jerantut hill. selain tempat menginap jerantut hill juga merupakan tempat beriadah untuk penduduk di sekitar bandar jerantut seperti mandi di kolam yang disediakan oleh pihak jerantut hill.
Sumber dari : google image dan http://jhresort.com.my/index2.html
HOTEL DARUL MAKMUR
Tanda Terkini di Jerantut Hotel Darulmakmur terletak di Bandar Jerantut, Pahang. Ia adalah salah satu mercu tanda terbaru di Jerantut dan ia adalah Hotel Boutique yang menawarkan kemudahan yang akan memberikan keselesaan kepada tetamu yang menginap di sini. Hotel DarulMakmur dimiliki Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang. Hotel Darul Makmur menawarkan 39 bilik, restoran yang menampung 60 tetamu pada satu-satu masa serta bilik seminar atau kemudahan mesyuarat yang boleh menampung sehingga 250 orang.
Sumber dari : Laman Web http://darulmakmurhotel.com.my/
WAU HOTEL
Wau hotel yang berada di jerantut merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan ict jerantut. Wau hotel juga terdiri daripada 16 bilik yang dihias dan selesa. kami mengalu-alukan tetamu dari seluruh dunia untuk merasakan bahawa hotel mempunyai sesuatu untuk menawarkan orang-orang dari semua peringkat umur dan budaya serta lebih mampu memenuhi keperluan pelancong.
Sumber dari : Laman Web https://www.wauhotels.com/index.html
NUSA HOLIDAY VILLAGE
Nusa holiday village merupakan chalet yang terletak di kuala tahan jerantut pahang terletak di hutan simpan taman negara terdapat beberapa jenis penginapan di nusa holiday village seperti malay house (garden view), malay house (river view), malay house (family cottage) dan Hostel dorm. nusa holiday village juga menyediakan beberapa pakej untuk melakukan aktiviti outdoor contoh nya seperti jungle trecking, canopy walk , bermandi manda di air terjun abai mahupun air terjun berkoh.
Sumber dari : https://tamannegara-nusaholiday.com.my
WOODLAND RESORT TAMAN NEGARA
Woodland resort yang terletak di taman negara jerantut pahang ianya terletak di hutan simpan taman negara dan mempunyai beberapa jenis penginapan terdiri daripada chengal suite, seraya suite, junior suite, superior quad chalet, superior triple chalet, deluxe chalet, standard room dan standard hotel 4, 6, or 8 people.
Sumber dari : https://www.depenarikbeach.com.my/WoodlandResortTamanNegara.php#
TAMAN ICT JERANTUT
pada waktu malam Ict jerantut bertukar ceria kerana lampu LED berwarna warni menyinari taman ini ia di bina persis Ict shah Alam. keindahan cahaya lampu ini sekaligus mengajak orang awam meluangkan masa dengan berkualiti bersama rakan dan keluarga.
Sumber dari : google images & https://www.teamtravel.my/tempat-menarik-di-jerantut/
GUNUNG TAHAN JERANTUT PAHANG
Mari kita menakluk puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia, Gunung Tahan dengan ketinggian 2,187 m! Jika anda cukup berani untuk naik dan turun gunung, menyeberangi sungai, melakukan perjalanan jarak jauh dan berkhemah tempat menarik di Jerantut, Gunung Tahan di Jerantut ini mungkin akan memberi pengalaman terbaik untuk anda lalui.
Di sini, terdapat beberapa laluan yang perlu anda tempuhi. Pendaki perlu mendaki, berjalan kaki sejauh 65 km dari Kuala Tahan ke puncak Gunung Tahan. Gunung Tahan yang dikatakan tempat menarik di Jerantut ini terletak kira-kira 53km dari Kampung Kuala Tahan, Jerantut atau 32km dari Kuala Juram, Merapoh.
100% pengunjung yang datang ke sini adalah pengunjung yang akan mendaki gunung ini sebagai pengembaraan baru buat mereka. Persediaan perubatan dan latihan yang mencukupi sebelum trekking adalah penting untuk mencapai rancangan ekspedisi anda. Bersedia dan berseronoklah dengan pengembaraan anda.
Sumber dari : https://www.ammboi.com/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/
PASAR BESAR JERANTUT
Tempat membeli-belah di jerantut ini dikatakan setanding dengan Pasar Siti Khadijah di kelantan dan pasar payang di Terengganu. Destinasi yang juga merupakan tempat menarik di Jerantut ini pastinya membuatkan anda rambang mata melihat barang-barang yang dijual.
Sumber dari : https://www.ammboi.com/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/
LATA BERKOH
Lata Berkoh adalah kawasan mandi-manda atau air terjun yang terdapat berdekatan dengan Taman Negara Pahang. Sebagai sebuah tempat menarik di Jerantut, ramai penduduk sering datang bermandi-manda di sini.
Air yang jernih di Lata Berkoh ini membolehkan anda melihat ikan kelah yang makin pupus. Namun, ikan kelah terjaga rapi di Lata ini dan pasti akan berenang bersama-sama anda di dalam air nanti. Anda boleh menaiki bot untuk ke lata yang lebih dalam dan ke pesisiran kawasan air ini.
Sumber dari : https://www.ammboi.com/13-tarikan-dan-tempat-menarik-di-jerantut-untuk-pelancongan-anda/
HOTEL INDERAPURA
Hotel yang berada di bandar jerantut sesuai untuk sesiapa yang berminat untuk menginap.
MURTABAK FERRY
Murtabak merupakan hidangan yang cukup terkenal di negara kita, hidangan ini selalunya laris dijual di pasar malam atau dibazar ramadhan. kepada sesiapa yang menggemari murtabak boleh la ke restoran murtabak ferry yang terletak di jerantut.
Sumber : https://saji.my/tempat-makan-jerantut/
ANAK DOL PIZZA
Di Jerantut da sebuah restoran yang menyediakan pizza yang terbaik kualitinya. Pizza disini dibakar didalam relau kayu api, jadi rasanya lebih lazat dan aromanya juga cukup memikat rata-rata pelanggan memuji pizza yang bukan sahaja enak, malah gebu dan besar saiznya. Harga yang ditawarkan juga cukup berpatutan dengan kualitinya, cukup berbaloi dan keunikan utama pizza disini ialah inaya menggabungkan selera barat dan tempatan. ada dua jenis pizza unik yang wajib anda cuba disini iaitu pizza sambal hitam dan sambal petai.
Sumber : https://saji.my/tempat-makan-jerantut/
DDLICIOUS BAKERY & COFFEE
Teringin menikmati makanan barat sambil bersantai bersama keluarga mahupun sahabat handai? Restoran Ddlicious bakery & coffee ini pasti menepati citarasa anda. Terkenal dengan hidangan barat, restoran ini juga mempunyai konsep dekor moden kontemporari. jika anda gemarkan suasana yang santai, restoran ini pasti sesuai denga anda , Antara hidangan yang anda boleh cuba disini ialah Fetuccini Carbonara dan Chicken wrap. Pasta carbonara disini juga turut dipuji ramai dek kerana rasanya yang cukup berkrim namun tidak memuakkan, malah mengeyangkan.
Alamat Cafe : 120, jalan bandar baru 13, kampung sungai jan, 27000 jerantut pahang.
Waktu operasi : setiap hari kecuali ahad , 12.00 tengahari – 10.00 malam
Sumber : https://saji.my/tempat-makan-jerantut/
LATA LANG CAMPSITE & CHALET JERANTUT
Lata lang campsite & chalet yang terletak di Kampung Ulu Cheka Jerantut pahang, ianya merupakan tempat bercuti yang mempunyai kawasan yang cantik dan tempat untuk mandi manda kerana mempunyai sungai, selain itu juga lata lang campsite & chalet mempunyai banyak chalet untuk didiami, selain itu banyak aktiviti yang terdapat di lata lang campsite & chalet seperti aktiviti jungle trecking, berkayak, mandi air terjun , makan buah di kebun ianya khas apabila musim buah pelancong boleh menikmati buah yang boleh dikutip sendiri seperti buah durian. selain itu juga, pihak lata lang campsite & chalet juga menyediakan penginapan dengan WIFI percuma serta parking peribadi percuma.
Alamat : Lata Lang Campsite kg tanjung putri Ulu cheka 27030 Jerantut pahang.
Sumber dari : Google (Lata Lang Campsite & Chalet Jerantut)
SATAY TEMIN
Satay merupakan hidangan yang cukup sesuai dimakan beramai-ramai, baik bersama keluarga mahupun sahabat handai. kami juga yakin yang para pembaca disini pasti merupakan peminat tegar satay. Tercari-cari gerai satay sekitar jerantut singgah sahaja di satay temin! terkenal dengan tagline “pasti puas hati” tidak dinafikan ramai pelanggan sememangnya berpuas hati dengan kualiti satay dan harga yang ditawarkan.
Alamat : 98, Kampung Temin, 27000 Jerantut Pahang.
Waktu Operasi : Setiap hari, 4.00 petang – 11.00 Malam
Sumber dari : https://saji.my/tempat-makan-jerantut/
WARISAN PAK DIN ROTI CANAI
Warisan Pak Din Roti Canai ini diusahakan sejak tahun 1960 lagi boleh dikategorikan legend tau ianya kini diusahakan di sebuah medan selera di jalan bidai, Selain roti canai, restoran ini juga turut menyediakan nasi kerabu, nasi berlauk, nasi lemak dan nasi dagang. Nasi Kerabu di sini juga turut laku keras. Bukan sahaja enak dan mengeyangkan malah murah harganya.
Alamat : No 7 kompleks Niaga Fasa 1, jalan bidai, 27000 Jerantut pahang
Waktu Operasi : Setiap hari, 8.00 pagi – 6.00 petang.
Sumber dari : https://saji.my/tempat-makan-jerantut/
RESTORAN Z&Z MAK ANJANG
Restoran Z&Z Mak Anjang ini merupakan antara restoran yang menghidangkan masakan gulai asam rom kepala ikan kenerak, walaupun kepedasan boleh bikin anda berpeluh, tetapi ianya juga boleh bikin anda ketagih. Hidangan lain seperti ulam-ulaman dan lauk-pauk seperti gulai tempoyak juga turut disediakan. lebih enak jika dimakan bersama nasi putih panas dan gulai asam rom.
Alamat : Jalan bidai, Kampung Sungai Jan 27000 Jerantut pahang
Waktu Operasi : Setiap hari, 9.00 pagi – 5.00 petang.
Sumber dari : https://saji.my/tempat-makan-jerantut/
CANOPY WALKWAY TAMAN NEGARA PAHANG
Kalau datang ke Taman Negara jangan tak mencuba satu aktiviti menarik disini yang paling popular iaitu menyusuri canopy walkway. Canopy Walkway ini merupakan yang paling tinggi dan juga yang terpanjang di dunia. Jarak keseluruhanya menjangkau 500 meter dan setinggi 50 meter dari permukaan tanah.
Fakta yang menarik tentang Canopy Walkway Taman negara ini ialah ianya dibina tanpa menggunakan sebatang paku dan hanya menggunakan teknik yang tidak mendatangkan kecederaan kepada pokok-pokok besar di sini.
sumber dari : https://www.caridestinasi.com/taman-negara-pahang-8-aktiviti-menarik/
SANTUARI IKAN KELAH TAMAN NEGARA PAHANG
Santuari Ikan Kelah terletak di Lubuk Tenor, Sungai Tahan, Taman Negara.Ia mempunyai pusat penyelidikan dan pemuliharaan ikan kelah, juga dikenali sebagai mahseer Malaysia. Dari jeti Kuala Tahan, pelancong boleh sampai ke Lubuk Tenor dengan naik hulu sekitar 15 – 20 minit.
Bermain dan mandi bersama ikan Kelah adalah aktiviti utama di samping berenang.Memancing tidak dibenarkan di Lubuk Tenor dan di sepanjang Sungai Tahan.Dalam musim kering, anda boleh melihat sekumpulan kelah berenang di perairan yang jernih.
Nikmat melihat bagaimana kelah bertindak balas dengan kelajuan kilat semasa makanan pelet dilemparkan ke atas air. Kelah dikenali sebagai raja ikan air tawar atau sungai sungai kerana dagingnya lazat. Malah sisiknya boleh dimakan apabila digoreng. Kelah sangat mahal dimana satu kilo ikan berharga seratus ringgit.Santuari ini dibuka kepada orang ramai dari 9 pagi hingga 5 petang setiap hari.
Sumber : http://www.tamannegara.asia/kelah-sanctuary/
XCAPE RESORT TAMAN NEGARA PAHANG
Xcape resort taman negara merupakan salah satu resort yang ada di taman negara yang terletak di kuala tahan dan ianya salah satu pilihan pelancong untuk berkunjung di taman negara. pelbagai aktiviti boleh dilakukan di xcape resort seperti aktiviti outdoor contoh nya seperti jungle trecking, canopy walk , bermandi manda di air terjun abai mahupun air terjun berkoh serta boleh melawat santuari ikan kelah.