mcmc
Kemudahan Asas

Kemudahan Asas

pejabatfelda

Kemudahan asas yang terdapat dalam Felda Sungai Tekam Utara adalah seperti masjid yang merupakan satu-satunya masjid yang ada di dalam kawasan Sungai Tekam Utara. Selain itu terdapat stesen pam minyak BHP yang berada dilaluan masuk dan keluar penduduk kampung untuk ke bandar. Ini memudahkan penduduk kampung untuk mendapatkan minyak petrol kerana untuk mendapatkan stesen pam minyak di luar kawasan kampung perjalanan lebih kurang 20km. Terdapat dewan serbaguna yang baru siap dibina pada tahun 2012. Dewan ini digunakan oleh penduduk kampung untuk membuat majlis perkahwinan, majlis keramaian dan digunakan oleh persatuan belia untuk mengadakan perlawanan seperti badminton dan sebagainya. Terdapat juga pos mini yang dikendalikan oleh pihak JKKK dan berfungsi untuk memudahkan penduduk kampung membayar bil dan urusan surat menyurat. Pos mini ini berada bersebelahan dengan Pusat Internet. Terbaru pihak Felda telah menyediakan taman permainan kanak-kanak bagi kegunaan anak-anak kecil kepada peneroka untuk bermain.

 

PEJABAT FELDA SUNGAI TEKAM UTARA

  MASJID AL-HIDAYAH

Jawatankuasa Masjid adalah sebuah Organisasi yang ditubuhkan untuk menguruskan hal-hal berkenaan pengurusan Masjid di felda Sungai Tekam utara.

Antara Senarai Jawatankuasa yang dilantik :

 ajk masjid

CARTA ORGANISASI MASJID AL-HIDAYAH TAHUN 2018

 

STESEN MINYAK BHP

 

DEWAN SEMAI BAKTI

 

POS MINI

Pos mini felda sungai tekam utara merupakan wakil pos malaysia yang beroperasi setelah sekian lama dan di pos mini meyediakan perkhidmatan membayar bil, menghantar barang pos dan menerima barang – barang pos laju. 

 

GELANGGANG FUTSAL

Gelanggang futsal felda sungai tekam utara merupakan tempat untuk para penduduk untuk bermain futsal bagi mengisi waktu lapang. gelanggang futsal adalah salah satu tempat riadah untuk penduduk felda sungai tekam utara.

 

TAMAN PERMAINAN KANAK-KANAK

 

PEJABAT KOPERASI FELDA SUNGAI TEKAM UTARA

KEDAI KOPERASI FELDA SUNGAI TEKAM UTARA

koperasi2

 

KEDAI MENCUCI KENDERAAN

1

 BANGUNAN JKKK FELDA SUNGAI TEKAM UTARA