mcmc
Sejarah

Sejarah

SEJARAH FELDA SUNGAI TEKAM UTARA

 

Felda Sungai Tekam Utara mula dimajukan pada tahun 1967 oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dengan keluasan 2056.55 ekar (2042.99hektar). Keluasan kawasan  terbahagi dua iaitu seluas 1891.29 hektar kawasan pertanian (Ladang Kelapa Sawit) dan kawasan perkampungan pula seluas 151.70 hektar. Pada tahun 1993 Felda Sungai Tekam Utara mendapat Surat Hakmilik (geran) tanah,rumah,ladang bagi kampung felda. Felda Sungai Tekam merupakan sebuah rancangan FELDA yang terletak berhampiran Bandar Jengka di daerah Jerantut, Pahang. Felda Sungai Tekam Utara juga berdekatan dengan beberapa buah Kampung @ Felda antaranya ialah Felda kota gelanggi 02 & 04, Felda Kota Gelanggi 05&06 , Taman Ibol Jaya, Felda Sungai Tekam, Kampung Perak Dan Felda Jengka 01.

SEJARAH DAN ASAL USUL JERANTUT 

Jerantutmerupakan sebuah pekan di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 200 km dari Kuala Lumpurdan 180 km dariKuantan. Jerantut juga memiliki nama yang sama bagi daerahnya. Keluasan keseluruhan Jerantut ini ialah 7,563.46 km persegi dan merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang.

 

SEJARAH JERANTUT

Sepanjang yang diketahui mengikut cerita dan sejarahnya nama Jerantut telah disebut dan diguna pakai semenjak zaman dahulu kala iaitu pada masa sebelum pemerintahan Sultan Ahmad (Wan Ahmad) Sultan Pahang yang pertama. Sultan Ahmad menaiki takhta memerintah Negeri Pahang selepas selesai perang saudara antara Wan Ahmad dengan Tun Mutahirdi Pulau Tawar. Wan Ahmad mengatur strategi dan menyerang Pekan dengan bantuan padu dan tenaga yang banyak dan kuat untuk menawan Pulau Tawar daripada dikuasai Tun Mutahir, apabila mendapat sokongan besar orang-orang besar kawasan dan ketua-ketua penduduk tempatan daripada berbagai puak dan lapisan yang setia kepadanya dari semua kawasan sebelah Ulu Pahang, iaitu dari kawasan Temerlohdan Semantan yang diketuai oleh Pahlawan Dato’ Bahaman, dari kawasan Lipis, Jelai dan Semantan Ulu Raub diketuai Dato’ Raja Jelai Wan Mahmud dan dari kawasan Jerantut dan sekitarnya diketuai oleh Dato’ Gajah Iman Rasu Abdul Salam atau Tok Gajah.

 

ASAL USUL JERANTUT 

Berdasarkan cerita orang tua-tua, asal usul perkataan “Jerantut” daripada perkataan “Jeram” dan “Tut” yang diambil daripada nama orang “Awang Tut” yang sering mengail di kawasan jeram di tengah-tengah Sungai Pahang. Sebelum timbulnya perkataan “Jerantut” Pekan ini dipanggil “Simpang Empat” iaitu suatu tempat di mana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Baharu bersilang dengan jalan raya dari Kuala Lipis ke Kuantan. Mulai tahun 1914, nama “Simpang 4” ditukar kepada “Jerantut”.

 

TOKOH PEJUANG MELAYU 

  • Mat Kilau – Mukim Pulau Tawar
  • Pawang Noh – Mukim Ulu cheka

 

STATISTIK KAWASAN 

Daerah Jerantut merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang Darul Makmur. Keluasannya ialah 2,900 batu persegi (755,771.93 Hektar). Disempadani oleh Negeri Kelantan dan Terengganu di Utara, Daerah Temerloh dan Maran di Selatan, Daerah Lipis dan Raub di Barat dan Daerah Kuantan dan Negeri Terengganu di Timur. Ia mempunyai 10 buah mukim yang terdiri daripada 295 buah kampung yang ditadbirkan di bawah 58 JKKK. Sebahagian daripada kawasan-kawasan FELDA dan Kampung Tradisional termasuk dalam kawasan Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka (LKWJ) iaitu kawasan-kawasan seberang Sungai Pahang dan Sungai Tembeling (daripada sempadan Temerloh/Mukim Burau hingga ke Kg. Merting di Mukim Tembeling).

Majlis Daerah Jerantut telah diwartakan pada 18hb. Februari 1982 melalui No. Warta P.W. No.65 dan dikuatkuasakan bermula pada 1hb. Mac 1982 bagi menggantikan Lembaga Bandaran Jerantut yang telah ditubuhkan pada 1hb. Julai 1960 mengikut warta kerajaan Bil. 230/60 di bawah Enakmen Lembaga Bandaran FMS Cap. 137. Penubuhan Majlis Daerah Jerantut ini telah mengubah kawasan pentadbiran sedia ada Lembaga Bandaran Jerantut yang mana kawasan-kawasan baru yang berpotensi dan mempunyai penduduk yang ramai telah dimasukkan. Antara kawasan yang dimasukkan ialah :

  1. Kawasan sekitar Bandar Jerantut hingga ke Jerantut Feri.
  2. Kawasan ½ batu jalan menghala ke Temerloh sehingga sempadan Jerantut/Temerloh.
  3. Kawasan ½ batu dari Jerantut Feri menghala ke Sungai Siam.
  4. Kawasan ½ batu Jalan Simpang Pulau Tawar ke Bukit Nikmat Utara.
  5. Jalan Kuala Teh ke Kuala Tembeling/Sempadan Lipis.
  6. Jalan ½ batu, Batu 1 Jalan Benta hingga ke Sempadan Lipis.
  7. Jalan Simpang Damak ke Ulu Cheka.

Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan ialah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi.

Majlis Daerah merangkumi kawasan seluas 120.09 km persegi iaitu hanya 1.59 peratus keluasan keseluruhan Daerah Jerantut. Keluasan keseluruhan ialah 7,563.46 km persegi. Daripada jumlah itu, 29.88 km persegi telah diwartakan di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) seksyen 127, seksyen 128 dan seksyen 163 sebagai kawasan operasi. Manakala selebihnya iaitu 90.21 km persegi telah diwartakan sebagai kawasan kawalan. Pihak Majlis Daerah Jerantut telah mengenakan cukai serta memberi perkhidmatan perbandaran di kawasan-kawasan operasi. Kawasan-kawasan yang selebihnya tidak diberi perkhidmatan perbandaran tetapi dikawal dari segi pembangunan

 

TEMPAT PERLANCONGAN DAN REKREASI

Jerantut menjadi pintu masuk kepada Taman Negara, taman nasional pertama di Malaysia. Terdapat sebuah taman semulajadi yang berhampiran boleh dikunjungi oleh pengunjung iaitu Taman Rimba Kenong.

Gua Kota Gelanggi terletak kira-kira 25 kilometer dari timur Jerantut. Kebanyakan gua-gua ini merupakan tapak arkeologi, tetapi beberapa gua kini telah dibuka kepada orang awam. Selain gua, tarikan pelancongan lain ialah Air Terjun Lata Meraung, Petempatan Orang Asli, Gunung Tahan, Gunung Benom di daerah jerantut dan Pusat Penyelidikan Rafflesia.

 

KAMPUNG DI SEKITAR JERANTUT

1. Mukim Pulau Tawar

2. Mukim Ulu Tembeling

3. Mukim Kuala Tembeling

4. Mukim Teh

5. Mukim Damak

6. Mukim Pedah

7. Mukim Ulu Cheka

8. Mukim Burau

9. Mukim Tebing Tinggi

10. Mukim Tembeling Tengah

11.Felda Kota Gelanggi 01

12.Felda Kota Gelanggi 02

13. Felda Kota Gelanggi 03

14. Felda Kota Gelanggi 04

15. Felda Algicalture Kota Gelanggi 5 & 6

16. Kampung Sungai Mai

17. Kampung Sungai Kiol

 

sumber dari : https://ms.wikipedia.org/wiki/Jerantut & akuanakpahang.blogspot.com

SEJARAH FELDA 

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) Federal Land Development Authority atau FELDA adalah satu agensi kerajaan malaysia yang menangani penempatan semula penduduk luar bandar yang miskin ke kawasan-kawasan yang baru dibangun agar meningkatkan taraf ekonomi mereka. Agensi ini menumpukan kepada pembukaan ladang-ladang pekebun kecil untuk tanaman kontan. Skim-skim FELDA tidak hanya dikhaskan untuk membantu orang Melayu miskin malah beberapa buah Felda terawal seperti Felda LBJ dan Felda Lurah Bilut menerima peneroka pelbagai kaum sperti kaum Cina dan kaum India, begitu juga Felda di Sabah dan Sarawak yang mana peneroka terdiri dari pelbagai kaum dan keturunan yang membentuk sebilangan besar penduduk Malaysia. Sehingga tahun 2000, FELDA mengusahakan tanah sebanyak 9,000 kilometer persegi, kebanyakannya ladang kelapa sawit. Walaupun objektif utama FELDA adalah untuk mengurangkan kemiskinan di luar bandar melalui petempatan semula, ia dilaporkan juga memegang kepentingan minoriti dalam sebilangan bank utama Malaysia.

FELDA diasaskan pada 1 Julai 1956 apabila Akta Pembangunan Tanah (1956) dikuatkuasakan. Modal permulaannya RM10 juta, dan petempatan sulung yang terdiri daripada 16.2 kilometer persegi pokok getah dibuka di Ayer Lanas pada 1957 . Pada tahun 1958, lima skim yang serupa dibuka. Ianya ditadbirkan oleh sebuah Lembaga yang bertanggungjawab kepada Yang Berhormat Timbalan Perdana Menteri di bawah Jabatan Perdana Menteri. FELDA berperanan untuk memajukan tanah baru untuk dijadikan ladang pertanian yang produktif melalui pengurusan pertanian yang berkesan di kalangan peneroka serta menggalakkan pertumbuhan masyarakat yang maju dan berdisiplin. Pada dekad 1960-an dan 1970-an, dasar kerajaan mula menekankan pelbagaian tanaman untuk mengelakkan kejatuhan harga yang besar. Pada tahun 1961, petempatan kelapa sawit FELDA yang sulung dibuka, dengan 3.75 km² tanah. Sehingga tahun 2000, tanah sebanyak 6,855.2 km² di bawah rancangan FELDA tertumpu kepada kelapa sawit.

FELDA bertumpu di Semenanjung Malaysia, manakala agensi-agensi kerajaan yang lain bertanggungjawab kepada pembangunan tanah di negeri-negeri Sabah dan Sarawak yang membentuk Malaysia Timur.

Dasar Pengambilan Peneroka

Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.

Pengurusan Skim

FELDA mempunyai 3 peringkat 

*Ibu pejabat

*Pejabat Kawasan 

*Rancangan

Peserta rancangan Felda digelar peneroka felda dipilih daripada kalangan orang Melayu termiskin di luar bandar. Mereka perlu sihat, berumah tangga, dan antara umur 21 hingga 50 tahun, dengan keutamaan diberikan kepada mereka yang tidak bertanah untuk berladang.Peneroka baru diberikan tanah sebanyak 10 ekar (40,000 m²) di petempatan yang tertentu untuk mengerjakan ladang pokok getah atau kelapa sawit khususnya. Semua peneroka diperlukan tinggal di kawasan petempatan, dan diperuntukkan 0.25 ekar (1,000 m²) di sebuah kampung terancang yang telah dibina oleh FELDA. Walaupun pada suatu ketika, infrakstruktur asas seperti air paip dan elektrik tidak dibekalkan, kemudahan tersebut kini diberikan, termasuk juga sekolah, pusat perubatan, dan surau.

Pada asalnya, skim-skim FELDA direka bentuk sebagai koperasi yang sebagai ganti untuk setiap peneroka memiliki tanah sendiri, mereka memiliki sebahagian pemilikan yang sama bagi skim mereka. Bagaimanapun, peneroka-peneroka tidak suka akan skim ini kerana pekerja-pekerja yang tidak berusaha masih akan menerima manfaat yang sama. Oleh itu, kerajaan kemudian mencipta sebuah rancangan yang terdiri daripada tiga fasa. Dalam fasa pertama, koperasi itu masih merupakan mekanisme bagi peneroka-peneroka belajar bagaimana berladang. Dalam fasa kedua, setiap peneroka diberikan tanah tertentu dan dalam fasa ketiga, mereka diberikan hak milik tanah mereka.Bagaimanapun, peneroka-peneroka dilarang menjual tanah tanpa kebenaran FELDA atau kerajaan persekutuan.

Kos memperoleh dan memajukan tanah ditanggung oleh peneroka FELDA melalui pinjaman yang dibayar balik melalui ansuran-ansuran bulanan yang dipotong daripada pendapatan peneroka selama 15 tahun.

Walaupun peneroka-peneroka harus menumpukan kegiatan-kegiatan mereka pada pertanian, telah dilaporkan bahawa sebilangan besar juga terlibat dalam kegiatan-kegiatan yang lain seperti berkedai dan berniaga. Terdapat juga mereka yang bekerja di luar petempatan.[6] Pada tahun-tahun kebelakangan ini, pertumbuhan kawasan-kawasan bandar telah menyebabkan peningkatan nilai tanah yang amat besar bagi sebilangan petempatan. Dengan kebenaran, banyak peneroka telah menjual ladang mereka dan menjadi jutawan segera.

Sumber kewangan bagi membiayai projek-projek pembangunan oleh FELDA diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan, Bank Dunia, Bank Pembangunan Asia, Tabung Kerajaan Kuwait, Tabung Pembangunan Arab Saudi dan lain-lain. Wang ini diperolehi dalam bentuk pinjaman untuk membiayai kerja-kerja pertanian, pembinaan kilang dan perumahan peneroka. Peneroka tidak dikenakan sebarang potongan untuk kos pengurusan. Kos pengurusan dibiayai dengan peruntukan yang diperolehi daripada Kerajaan Persekutuan. Bagi Hak peneroka pula, FELDA hanya akan mengesyorkan kepada Kerajaan Negeri supaya dikeluarkan surat hak milik setelah peneroka menunaikan tanggungjawab sebagai peneroka dan selesai membayar kembali kos pembangunan kepada FELDA termasuk bayaran Cukai Tahunan Yang Disatukan kepada Kerajaan Negeri. Bagi peneroka yang telah menerima surat hak milik, apabila berlaku kematian, pembahagian kawasan pegangan kepada waris-waris simati akan diuruskan oleh pejabat tanah daerah yang berkenaan. Bagi peneroka yang belum menerima surat hak milik ianya akan diuruskan oleh unit pesaka kecil Pejabat Daerah dengan kerjasama Pengurus Rancangan. Kerajaan telah membuat keputusan tidak lagi melaksanakan pengambilan peneroka baru mulai 1 Januari 1990 di semua tanah rancangan seluruh negara. Keputusan kerajaan adalah berdasarkan sumber kewangan yang terhad untuk membiayai projek pembangunan dan infrastruktur di tanah rancangan. Rancangan yang tiada berpeneroka diuruskan oleh FELDA dan hasilnya digunakan untuk membiayai kos pengurusan dan segala projek infrastruktur di tanah rancangan.

Majlis Belia Felda Malaysia

Setelah FELDA diwujudkan pada 1 Julai 1956, pelbagai pertubuhan belia wujud di dalam rancangan FELDA seperti Persatuan Belia Felda, Gerakan Belia 4B, MAYC, HYO dan lainlain.

Pada tahun 1969, Gabungan Persatuan Belia Felda Wilayah Selatan (PBFWS) ditubuhkan. Pada tahun 1975 ianya ditukar nama kepada Majlis Belia Felda Kawasan Selatan dan diterima menjadi Ahli Bersekutu atau badan gabungan Majlis Belia Malaysia.

Pada tahun 1977 satu perjumpaan para belia Felda telah diadakan di Wisma YMCA Kuala Lumpur bertujuan menubuhkan Majlis Belia Felda Kebangsaan bagaimanapun ianya gagal berfungsi. Pada 27 Oktober 1980 Felda mengatur satu perjumpaan untuk membentuk Gerakan Persatuan Belia Felda Kebangsaan di Institut Pembangunan Tanah FELDA (INPUT) Trolak, bagaimanapun ianya turut menemui kegagalan dan usaha-usaha kearah mewujudkan semula Majlis Belia Felda terus dilaksanakan.

Pada April 1988, satu perjumpaan khas belia Felda telah diadakan di Johor Bahru bagi membincangkan penubuhan Majlis Belia Felda Kebangsaan telah diadakan. Lanjutan dari usaha tersebut, satu mesyuarat penaja penubuhan telah diadakan pada Julai 1988 di Asrama Semai Bakti FELDA, Kuala Lumpur.

MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA telah ditubuhkan dengan rasmi dan didaftarkan pada 7 Ogos 1991 dengan keahlian seramai 59,836 orang. Mesyuarat Agung Kali Pertama telah diadakan pada 9 Oktober 1991 di Institut Pembangunan Tanah FELDA (INPUT) yang disempurnakan oleh YB Encik Yassin Kamari, Timbalan Menteri Pembangunan Negara dan Luar Bandar Malaysia. Matlamat penubuhannya adalah untuk menjadi sebuah badan penyelaras persatuan-persatuan belia Felda di Malaysia. Penubuhan MAJLIS BELIA FELDA MALAYSIA juga selari dengan hasrat kerajaan untuk melihat generasi kedua Felda proaktif menghadapi cabaran dalam era globalisasi.

 sumber dari : https://ms.wikipedia.org/wiki/Lembaga_Kemajuan_Tanah_Persekutuan