Sesetengah individu pernah mengalami keadaan seperti sedang berpusing walaupun tidak bergerak. Keadaan ini dikenali sebagai vertigo.
Vertigo menunjukkan beberapa gejala yang perlu diberi perhatian. Penyakit ini boleh menjadi lebih serius sehingga mengganggu aktiviti seharian.
Oleh itu, orang ramai yang menunjukkan gejala vertigo disaran untuk mendapatkan rawatan awal demi kehidupan yang berkualiti.
Sumber : Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
